Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh
dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan
tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian
daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an
sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW
juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan
ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya
kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak
dan sebahagiannya kamu makan“
Al-Mukminah ayat 19
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’,
dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains
pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%,
serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga
63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah
sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia
perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium,
fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat
utama kurma?
1) Paling pantas
diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan
gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi
dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap
oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang
mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan
beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma,
maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur,
maka Baginda meminum beberapa teguk air“
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika
berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera,
dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam
kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2) Kaya
dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa
perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah
antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut.
Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang
tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam
100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk
sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya
dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit
yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita
kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus
sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan
beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot
termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3) Penguat
memori
Ramai yang berfikiran
hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma
juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang
membesar.
4) Baik untuk
wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah
Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi
malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti
Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala
lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu
kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah
laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan
wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa
proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai
sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya
(Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah
r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma
akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan
homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan
diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati
gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan
gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah
ini dari berlaku.
0 komentar:
Posting Komentar